< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

Majlis Penyerahan Zakat
Tuesday, August 24, 2010



salam buat semua..

Pada hari ini telah diadakan majlis penyerahan zakat oleh tuan Guru besar sekolah kepada pelajar-pelajar yang layak menerimanya.

sebelum ini sebahagian pelajar telah menerimanya dan baki daripada jumlah pelajar yang perlu menerimanya diberi pada hari ini.

Ketika ditanya kepada pelajar apakah perasaan mereka mendapat barang-barang tersebut? "seronok sangat" jawab Halizawati.

semoga dengan penyerahan tersebut, pelajar-pelajar lebih semangat untuk datang ke sekolah dan menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka akan datang.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
UJIAN PRA UPsR
Monday, August 23, 2010



salam

Pada hari ini, telah diadakan Ujian Pra UPsR untuk pelajar2 tahun 6. Tujuan diadakan ujian tersebut adalah untuk menguji pelajar2 dalam mata pelajaran yg mereka akan duduki dalam UPsR yang hanya berbaki tidak sampai sebulan...

Ujian ini berjalan selama 3 hari sehinggalah hari selasa nanti. Moga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan mudah.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MAJLIS GOTONG-ROYONG
Friday, August 20, 2010





Salam Ukhwah buat semua...

Pada hari ini 20/08/2010 Majlis gotong-royong telah diadakan di sekolah. Gotong royong pada hari ini cuma mengemas dan mengecat dewan peperiksaan UPSR.

Semua ini dilakukan untuk pelajar-pelajar semua supaya kecerian nampak disekeliling sewaktu peperiksaan dijalankan.

Diharap pelajar dapat menjawab dengan tenang dan idea akan datang dengan mudah dalam mengolah jawapan pada hari peperiksaan nanti..

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir dan juga kepada semua waris yang mengambil bahagian pada hari ini. Segala penat lelah tuan-tuan pada bulan puasa ini akan dibalas dengan kejayaan anak tuan-tuan dalam pelajar dan juga ganjaran baik di Akhirat nanti...

Wallahu a'lam..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN-Solat Tarawih-
Tuesday, August 17, 2010
Salam buat pengunjung yang sering mengunjungi Blog SK Seri Lagenda ini. Moga anda dibawah Rahmat Ilahi HendakNya.....

Sepanjang bulan Ramadhan ini SK Seri Lagenda telah mengadakan Program Solat tarawih di Surau Raudhatul Jannah (Surau sekolah). Program ini sudah berjalan sejak 3 Ramadhan lagi dan akan berakhir sehari sebelum Raya InsyaAllah.

Setiap malam, solat tarawih ini akan diimamkan oleh Ustaz Abdul Razak b. Md Arshad dan Cikgu Amran b. Md Taha. Ketika cuti sekolah, solat ini akan diimamkan oleh Ustaz Ismail b. Saleh sekiranya Ustaz Razak pulang ke kampung. Jika Ustaz Ismail juga tidak datang, solat ini akan diimamkan Oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Zahir b. Hashim.

Jadi, program ini akan berterusan sehingga akhir Ramadhan. Untuk solat raya, kita akan mencadangkan untuk melaksanakan solat Hari Raya di surau sekolah, InsyaAllah.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
FADHILAT RAMADHAN
Wednesday, August 11, 2010
Salam Buat Semua..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
LAWATAN SILATURRAHIM KE SK UTAN AJI PERLIS




Salam Ukhwah Buat Semua

Pada hari ini 10 Ogos 2010 SK Seri Lagenda mengadakan lawatan silaturrahim ke SK Utan Aji, Perlis. Lawatan yang disertai oleh pelajar tahun 6 seramai 56 orang itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara 10 buah sekolah yang dipilih oleh CIMB menjadi sekolah angkat.

Lawatan pada hari ini disambut mesra oleh guru-guru daripada SK Utan Aji. Rombongan daripada SK Seri Lagenda diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad bin Saad (GPK 1), En. Mohd Niziam b. Abu Bakar (YDP PIBG), En. Amran b. Md Taha, En. Zamri b. Hanafi dan juga Pn. Zainab b. Mohammed Said.

Lawatan yang berakhir sekita jam 1:45 tengahari itu diakhiri dengan perasaan sedih dan hiba kerana perlu berpisah sementara disebabkan ada lagi tugas yang perlu diselesaikan oleh kami guru-guru dan pelajar daripada SK Seri Lagenda di Pulau Langkawi sana.


Moga pelajar-pelajar SK Seri Lagenda dan SK Utan Aji mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti.

diharapkan juga agar persahabatan yang terjalin sekian lama dan pertemuan yang seketika membuahkan hasil yang berguna pada masa akan datang.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
IBADAH PUASA DAN SOLAT KEWAJIPANKU
Monday, August 9, 2010




SALAM BUAT SEMUA

Pada hari ini, dalam keadaan sekolah sedang dipantau, Panitia Pendidikan Islam sempat lagi mengadakan 1 lagi program yang dirancang disaat akhir iaitu Program Hitung Diri.

Program ini diberi nama Program Menghitung Diri kerana semua pelajar diberikan sehelai kertas yang terdapat butiran mengenai waktu berbuka dan juga waktu solat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Pelajar cuma perlu mencatit sama ada perkara tersebut mereka lakukan atau tidak dan pelajar yang melakukan amal terbanyak, akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah selepas nanti. Ganjaran yang diberikan tidaklah seberapa. Cuma ini hanya latihan kepada pelajar-pelajar. Apapun Amalan yang baik adalah yang Ikhlas kerana Allah Taala.

Apa yang menarik adalah, Tn. Hj. Osman b Toroh iaitu Nazir sekolah daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah memberi sedikit ucapan pada program ini.

Moga kita tergolong dalam golongan orang yang senantiasa memperbaiki amalan.....
Wallahu 'alam
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PEMANTAUAN BAHAGIAN (LINUS)



SALAM UKHWAH..

Pada hari ini juga satu lagi pemantauan diadakan di sekolah ini. Pemantauan tersebut berkaitan dengan LINUS. Jadi, Puan Rohimah telah diambil keterangan dan semua sumber berkaitan telah diberikan kepada Pegawai terbabit untuk disemak.

semua berjalan lancar dan tidak ada masalah yang berat berkaitan LINUS. Cuma pelajar-pelajar lemah perlu diberi penekanan yang lebih dan tindakan ini akan diselesaikan sebaik mungkin. Bagi pelajar yang keciciran melampau, perlu diberi penekanan seperti memasukkan ke dalam kelas pemulihan.

Untuk lebih harmoni lagi, pelajar tersebut perlu dihantar ke sekolah yang terdapat kelas pemulihan sepenuhnya seperti SK Kelibang.

Terima kasih diucapkan kepada pemantau kerana memberi tunjuk ajar yang baik kerana kami guru-guru dalam proses meningkatkan prestasi sekolah setanding dengan sekolah berprestasi tinggi. InsyaAllah...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
LAWATAN DARIPADA PIHAK NAZIR



Salam Buat Semua....

Kecut Perut kami guru-guru

Itu sahaja yang boleh digambarkan kerana pada hari ini 9 Ogos 2010 wakil dari jemaah Nazir telah datang ke sekolah kami. Pada awal perancangannya ingin melawat SK Bayas. Tetapi diakhirnya beliau berminat untuk melawat SK Seri Lagenda. Apapun, SK Seri Lagenda menerima dengan tangan yang terbuka kerana bagi kami setiap pelawat yang datang, pasti akan menegur kesilapan dan kesilapan itu pula akan dibetulkan. Dengan itu SK Seri Lagenda akan menjadi satu kuasa besar dalam bidang pendidikan suatu hari nanti.

Jemaah Nazir yang dimaksudkan ialah Tn. Hj Osman b. Toroh (Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kedah Darul Aman.

Lawatan beliau ke sini selama 2 hari bermula hari ini. Beliau juga ingin melihat proses P&P. Pada hari ini, beliau melihat teknik Guru Pendidikan Islam iaitu Ustazah Adilah binti Abdul Hak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Esok beliau akan melihat pendekatan yang akan digunakan oleh Ustaz Abdul Razak Md Arshad (GPI) dan juga Ustaz Ismail b. Saleh ( j-QAF) dalam mengendalikan proses tersebut.





posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEM BERASMANA (Teknik Menjawab Soalan)
Sunday, August 8, 2010



Salam Ukhwah Buat Semua..

Bermula pada pagi ini, pelajar-pelajar telah bergerak ke Kuala Perlis bagi menghadirkan diri untuk Program Teknik Menjawab soalan. Kem yang diadakan di Hotel Berasmana selama 3 hari itu dihadiri oleh 56 orang pelajar Tahun 6.

Pada pagi ini, pelajar akan diberi ceramah pada pukul 3 petang tentang teknik menjawab soalan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pada sebelah malam pula, Teknik menjawab soalan untuk mata pelajaran Sains.

Untuk keesokan harinya, seperti tercatat dalam jadual iaitu teknik menjawab Bahasa Melayu. Teknik menjawab mata pelajaran matematik pada sebelah petangnya ditunda ke waktu malam.

Semua pelajar menunjukkan minat dan rata-rata yang ditanya memberitahu "dah nampak dah jalan untuk UPSR nanti". Ketika ditanya kepada Olahragawan sekolah iaitu Mohd Yusri Mohd Noor, beliau berkata "insya Allah boleh dapat A".

Ini menunjukkan satu arus perubahan telah berlaku dalam diri pelajar setelah mengikuti Kursus teknik menjawab soalan yang dilangsungkan di sana.

Diharapkan kepada semua pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MALAM MOHON RESTU
Friday, August 6, 2010



Salam buat semua....

Pada pagi tadi, selesai sudah satu lagi program yang telah dirancang sekian lama iaitu Malam Mohon Restu dan juga Qiamullail Perdana.

Pada malam tadi, semua guru telah hadir bagi menjayakan program tersebut. Program yang diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam ini yang diterajui oleh Ustaz Abdul Razak telah memberi kesan yang mendalam kepada waris, pelajar tahun 6 dan juga guru-guru kerana pengisian didalamnya.

Selepas solat maghrib, hadirin datang mengambil tempat. Masuknya waktu Isyak, semua jemaah menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Cikgu Amran b. Md Taha. Selepas itu diikuti solat hajat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fizuan b. Abdul Khodir. Sesudah itu pula Ustaz Abdul Razak menjadi Khalifah dalam bacaan Yaasiin.



Setelah selesai membaca Yaasiin, semua pelajar diminta memenuhi Makmal Komputer untuk diberi taklimat oleh Cikgu Amran dan juga Tuan Guru Besar. Pelajar diberi sedikit peringatan mengenai kerja tugas mereka selama ini. Apa yang telah mereka lakukan terhadap pemberian bermakna dari pihak CIMB Bank dan pengorbanan guru-guru? Adakah mereka menggunakan sebaik mungkin atau tidak memanfaatkan pemberian yang diberikan itu.

Diharapkan selepas ini pelajar-pelajar bijak menggunakan peluang yang terhidang dihadapan mereka ini yang jarang sekali diberikan kepada pelajar-pelajar lain.

Pada malam ini juga pelajar-pelajar telah bermalam di sekolah. Terdapat lebih kurang 10 orang guru yang tidur di sekolah untuk menjaga pelajar-pelajar pada malam tadi. Terima kasih kepada guru-guru berkenaan.

Pada jam 3.30 pagi, pelajar-pelajar dikejutkan untuk berqiamullail. Solat sunat tahajjud, hajat dan juga tahlil telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Razak b. Md Arshad. Terdapat juga guru-guru yang tidak bermalam di sekolah telah datang untuk sama-sama bersolat pada pagi ini. Semoga Allah membalas semuanya dengan kebaikan dan diberikan ketajaman akal kepada anak-anak kita dan juga anak didik kita.

Solat subuh telah diimamkan oleh Ustaz Ismail b. Saleh. Pada pagi ini juga telah dilakukan sujud tilawah/ sujud sajdah. Setelah selesai solat subuh, diteruskan pula dengan kulliah subuh sebelum pelajar-pelajar dijamu sarapan pagi dengan nasi lemak. Selepas sarapan pagi itu, semua bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.



-Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan juga yang terlibat secara tidak langsung bagi menjayakan program ini-
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
LAWATAN DARIPADA PIHAK CIMB


salam buat semua..

Pada jam lebih kurang 1.15 tengah hari, pihak CIMB Bank telah membuat lawatan ke
sekolah kami. Tujuan lawatan tersebut untuk memberi penerangan mengenai cara dan kaedah untuk memasukkan maklumat ke dalam CIMB Dashboard.

Lawatan yang mengambil ma
sa sekitar 4 jam bersama itu digunapakai sepenuhnya oleh guru yang terbabit dalam mengendalikan portal tersebut.

Pn. Rohaya menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah yang perlu digunakan untuk mema
sukkan gambar dan video ke dalam portal tersebut. Rasanya selepas ini mungkin tiada lagi masalah bagi kami untuk berbuat seperti yang dikehendaki..

Apapun jutaan terima ka
sih kepada beliau kerana bersusah payah datang ke Langkawi ini semata-mata untuk memberi penerangan yang tidak memberikan habuan yang lumayan kepada beliau sebaliknya memberi banyak faedah kepada kami pihak sekolah.

Terima Kasih sekali lagi...



posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PERTANDINGAN BERAT SEBELAH BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN
Wednesday, August 4, 2010



Salam buat semua...

Pada hari ini 3 Ogos 2010, telah diadakan pertandingan bola baling bawah 12 tahun daerah Langkawi. Pertandingan yang dijadualkan bermula jam 8.00 am, telah bermula jam 8.45 am disebabkan kelewatan ketibaan kontijen2 yang mengambil bahagian.

Perlawanan pada hari ini sungguh mendukacitakan kerana mutu pengadilan yang tidak memberangsangkan sejak bermula perlawanan pertama lagi antara SK Seri Lagenda Vs SK Nyoir Chabang yang berakhir SK Seri Lagenda menang 9-1. Pasukan SKNC membuat pertukaran sebelum pemain yang berada di dalam padang keluar. Tetapi tidak dikenakan denda 2 minit.

Pada perlawanan kedua kumpulan A iaitu pertemuan antara SK Seri Lagenda bertemu SK P.Matsirat yang berakhir 6-6 di mana pengadil mengesahkan jaringan pemain Padang Matsirat yang telah melakukan jaringan setelah melakukan kesalahan yang jelas iaitu pemain memegang bola dengan kedua belah tangan dan melantunkan bola seterusnya menjaringkan gol dengan kedua belah tangannya. Dimanakah keadilan di sini?

Pada perlawanan ketiga kumpulan A pula iaitu pertemuan antara SK Kilim bertemu SK Seri Lagenda yang berakhir SK Seri Lagenda menang 9-4 terdapat kekeliruan terhadap penjaga masa yang dilantik. Waktu sebenar separuh masa belum habis tetapi jam masa menunjukkan 00:00.

Pada perlawanan suku akhir pula antara SK Seri Lagenda bertemu dengan SK Bayas yang berakhir SK Seri Lagenda menang 6-4 terdapat kekeliruan berlaku dimana pengurus SK Seri Lagenda dilayangkan kad kuning kerana mengingatkan pengadil tentang waktu yang telah tamat. Tindakan pengurus tersebut kerana penjaga masa yang bertugas adalah penjaga masa yang sama sebelum ini.

Perlawanan separuh akhir menimbulkan kontroversi yang sangat teruk kerana mutu pengadilan dan juga pihak pengurusan yang tidak cekap dalam mengendalikan kejohanan dimana perlawanan separuh akhir pertama antara SKSL Vs SKPA di padang B dan SKKD Vs SKSN di padang C.

Perlawanan di padang B berlangsung selama 10-1-10 manakala di padang C berlangsung 7-1-7.
keputusan di padang B berpihak kepada SKPA dengan kemenangan 7-5 manakala di padang C berpihak kepada SKSN dengan kemenangan 3-0.

Ketika ditanya kepada pihak pengurusan mengenai masa yang bercanggah itu, pihak pengurusan menyatakan perlawanan sebenar memang 10-1-10. SKKD meminta untuk diadakan perlawanan yang berbaki 6 minit tetapi pihak pengurusan bertanya kepada pengurus SKSN dan pengurus SKSN tidak berani untuk berlawan semula walaupun mereka mempunyai 3 gol di dalam tangan.

Pihak pengurusan juga berkata perlu membuat surat bantahan dan menghantar pada esok hari bersama wang bantahan RM200. Teringat pula kejohanan Olahraga awal tahun hari itu. Walaupun SK Seri Lagenda mempunyai alasan kukuh, tetapi wang bantahan tidak dipulangkan.

Berbalik kepada pertikaian mengenai masa yang silap itu, ada juga pegawai yang cakap bahawa kalau buat 10-1-10, masa tidak sempat untuk penyampaian hadiah Jam 7.00 pm. Jangan jadi orang yang tidak pandai melihat jam. 6 minit saja yang perlu tambah,bukan perlu sehingga 60minit.

Jika melihat kepada statistik SKKD boleh menang dengan SKSN dan jika dihitung 7-1-7
SKSL menang dengan SKPA kerana ketika 7 minit, SKSL mendahului 5-4. Jika mengambil masa 10-1-10 kemungkinan besar SKKD akan turun dengan semangat yang berbeza untuk menggunakan masa yang kurang sebanyak 6 minit itu. Jadi SKKD boleh memenangi perlawanan tersebut. Tetapi pihak pengurusan menerima permintaan pengurus SKSN yang tidak mahu menambah masa itu.

SKPA yang telah berlawan pada perlawanan separuh akhir dengan 10-1-10 kelihatan letih ketika berentap diakhir memandangkan mereka berlawan dengan pasukan yang kehabisan tenaga pada perlawanan separuh akhir hanya 7-1-7. Jika SKSN bermain dengan 10-1-10 juga pada perlawanan sebelumnya, kemungkinan besar juga SKPA boleh menang pada perlawanan akhir.

APAPUN MUTU PENGADILAN DAN JUGA PENGURUSAN SANGAT MENGECEWAKAN SERTA KONTIJEN SKSN PENAKUT. Itu sahaja yang boleh diperkatakan dan keputusan yang berat sebelah itu seperti berikut :

Johan : SK Seri Negeri
N. Johan : SK Penghulu Ahmad
Ketiga : SK Seri Lagenda & SK Kedawang.

Jika mutu pengadilan dan pengurusan yang bagus, kemungkinan besar N.johan dan tempat ketiga boleh membawa pulang pingat Emas untuk sekolah masing-masing..

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian wwwsksl.blogspot.com. wwwsksl.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang