< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA
Sunday, July 25, 2010




Salam buat semua....

Telah 4 Jam berlalu majlis bacaan yaasin perdana selamat disempurnakan.
Kehadiran sekitar 100 jemaah menggamit suasana malam yang disimbahi air hujan. Semoga air hujan yang turun merupakan hujan rahmat dari Ilahi.

Majlis bermula sejak petang lagi dengan makan petang sebelum masuk waktu magrib. Azan berkumandang untuk solat maghrib dan jemaah mengambil tempat untuk menunaikan solat yang diimamkan oleh Ustaz Roshidi dari SMK Mahsuri.

Antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Abdul Razak Hamid, Penyelia Pendidikan Islam Langkawi, YDP SK Seri Lagenda, semua guru SK Seri Lagenda dan keluarga, waris tahun 6 dan penduduk sekitar kawasan berhampiran.

Setelah selesai solat Maghrib, Jemaah semua menunaikan solat Hajat. Bacaan Yaasin juga diterajui Oleh Ustaz Roshidi.

Antara tujuan diadakan Majlis ini adalah untuk memohon keberkatan Ilahi dan memohon hajat supaya anak didik sK seri Lagenda beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan semua umat Islam beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Setelah selesai solat Isyak, sedikit majlis ilmu disampaikan berkaitan dengan kelebihan menuntut Ilmu. Majlis tamat sekitar jam 9:45mlm.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE
Friday, July 23, 2010




Salam Mesra Penuh Harmoni...

Pada hari ini 22 Julai 2010, Pihak PINTAR FOUNDATION telah mengadakan pertandingan "Battlebot Challenge" di SK Seri Lagenda. Pertandingan yang diadakan di dewan peperiksaan tersebut berlangsung bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.30 petang.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai asas pembinaan robot. Pertandingan ini melibatkan kemahiran dan
kreativiti murid-murid yang terlibat untuk membina robot yang paling kuat apabila bertempur. Pemenang akan dipilih untuk mewakili sekolah di peringkat zon.

Terdapat 16 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dan hanya JUARA sahaja akan dipilih untuk mewakili sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan juga secara tidak langsung dalam menjayakan program ini dan juga setinggi ucapan terima kasih kepada pihak PINTAR yang datang yang terdiri daripada :

1. Cahaya Japar
2. Nasrol Mansor
3. Bayumi Jono
4. Aswaerawati Amat

Berikut adalah keputusan pertandingan dan tahniah kepada yang berjaya.

Johan : Adik Afiqah/ Zalikha (BUNTAL)
N.Johan : Adik Akmal/ Syafiqah (ALU-ALU)
Ketiga : Adik Zulhisyam/ Hanis Nazihah (TONGKOL)
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PRAUJIAN PAM TAHUN 2
Thursday, July 15, 2010


salam buat semua..

Pada hari ini, telah diadakan ujian PAM Tahun 2 2010. Ujian ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana penguasaan pelajar dalam asas matematik...

semua data perlu dihantar kepada PPD sebelum 22/07/10 dan hantar kepada JPN 27/07/2010..

Tahniah kepada yang berjaya dalam ujian ter
sebut..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
HARI MENANDATANGANI BUKU REKOD



Salam buat semua...

Pada minggu lepas 8 Julai 2010, semua waris telah datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod anak masing2.

Segala kelemahan anak2 yang guru nampak telah disuarakan kepada ibu bapa. Jadi tindakan seterusnya bergantung kepada ibu bapa masing-masing untuk melihat anak tersayang meningkat di masa akan datang.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dan tunggu sehingga hari anugerah cemerlang untuk naik ke atas pentas bagi mengambil hadiah..

Tahniah daripada warga SK Seri Lagenda
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KURSUS AsAs LOMPAT TALI
Wednesday, July 7, 2010



salam buat semua..

pada hari semalam dan juga hari ini (5&6 Julai 2010) satu kursus telah diadakan di Kompleks sukan LADA iaitu kursus asas lompat tali.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri oleh 84 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan juga guru-guru seluruh sekolah di Langkawi.

Tujuan utama kursus iniuntuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar berkaitan sukan lompat tali.

Sukan lompat tali telah diadakan sejak tahun 2000 lagi. Untuk pertandingan yang terdekat ini iaitu pada 30-31 Julai 2010 nanti.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SAMBUTAN HARI GURU DAERAH LANGKAWI / PSKPPK
Saturday, July 3, 2010



Salam.. pada hari ini 2 July 2010 dan juga esok 3 July 2010 diadakan pertandingan sukan dan permainan untuk guru-guru. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru daerah langkawi.

Disamping itu juga untuk memilih wakil yang akan menyertai pertandingan PSKPPK yang akan diadakan pada penghujung tahun nanti.

Pada hari ini, 2 acara telah diadakan iaitu ping pong lelaki dan wanita serta badminton lelaki dan juga wanita..

Acara Ping pong

Wanita
Johan : Pn. Mardiana
N.Johan : Pn saodah

Lelaki
Johan : En. Azizi Ali
N. Johan : En Ismail saleh

Regu Lelaki
Johan : En. Rosidi/En. Ismail saleh
N.Johan : En. Azrul/ En. Zahir

Acara Badminton
Johan Lelaki : En. Zahir
N.Johan Lelaki : En. Tarmizi

Johan Wanita : ?
N.Johan Wanita : ?
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang