< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

KARNIVAL PING PONG GURU DAN STAF DAERAH LANGKAWI 2010
Saturday, May 29, 2010


30/05/2010

Salam mesra penuh Ukhwah..

Terima kasih kepada pihak penganjur daripada SK Ulu Melaka bersama SK Seri Lagenda yang telah menganjurkan Karnival Ping Pong Guru dan Staff Daerah Langkawi Kali Pertama 2010. Tidak lupa juga kepada Cikgu Razif yang telah memberi sumbangan Hamper untuk johan berpasukan...

Diharapkan kejohanan ini memberi faedah kepada semua peserta yang telah melibatkan diri. Dalam tidak sedar, kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru. Dapat mengenali antara satu sama lain dan yang paling penting boleh berkongsi soalan exam untuk ujian/peperiksaan nanti.

Kejohanan seperti ini akan dianjurkan lagi pada bulan 10 minggu pertama selepas UPSR.
Moga kejohanan selepas ini lebih meriah lagi daripada segi sambutan penyertaan.....



Salam ikhlas Penuh Debaran...



29/05/2010 (00:32)

Kurang dari 8 jam lagi akan bermulalah perlawanan ping pong di antara Guru-guru Daerah Langkawi. Persiapan tempat sudah disusun rapi. Cuma persiapan diri untuk berlawan masih tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia atau aku masih berangan untuk menang.


Apapun dan siapapun yang berangan-angan, esok akan terjawab segala persoalan yang terbuku. Sekitar jam 7:45 meja pendaftaran akan dibuka. Setakat ini senarai nama yang terdapat di dalam fail pihak penganjur hanya 20 individu dan 8 regu.

Jam 3.30 pagi telah selesai semua persiapan untuk karnival ping pong......

Jam 6.30 bangun pagi. Pengarah Program kejut. Siap solat mandi semuanya terus bergerak ke SK Ulu Melaka. tiba di SKUM jam 7.15 pagi.

Pendaftaran bermula jam 7:45am. perlawanan dimulakan jam 8:45am... Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai Karnival ini. Jam 2.30 tamat peringkat kumpulan untuk semua group dan juga regu.

Peringkat kalah mati akan disambung jam 3:30.

Tuan Guru Besar SK Seri Lagenda telah merasmikan majlis penutup dan beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Individu


Johan : Ismail bin Saleh (SK Seri Lagenda)
N. Johan : Rezmi bin Ismail (MRSM Langkawi)
Ketiga : Azrul bin Abd Khatib (SK Kedawang)

Acara regu diteruskan dan perlawanan tamat jam 6:50 petang.

Johan : Ismail bin saleh/Mohd Rosidi saleh (SK Seri Lagenda/SK Ulu Melaka)
N.Johan : Azrul Abd Khatib/Zahir bin Ahmad (SK Kedawang)
Ketiga : Abid/Farizal (
SK Seri Negeri)
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Sunday, May 23, 2010


Salam buat pelajar SK Seri Lagenda..

Tarikh Periksa : 24,25,26 dan 27 Mei 2010

Salam muhibbah buat anak didik sekalian..
Sekolah kita akan mengadakan Ujian Pertengahan Tahun dalam masa terdekat ini. Jadi, diharapkan kepada para pelajar supaya menggunakan baki masa yang ada ini dengan mengulangkaji pelajaran.

Para pelajar juga perlu melakukan yang terbaik peperiksaan ini memandangkan peperiksaan pertengahan tahun inilah yang diambil kira untuk Hari Anugerah Cemerlang pada bulan Ogos nanti.

Justeru itu, pelajar hendaklah menelaah pelajaran yang telah diajar sebelum ini. Perbanyakkan DUIT untuk periksa ni

D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakkal

Untuk segala jenis latihan sukan dibatalkan buat sementara waktu. Jadi, ping pong dan bola baling akan disambung pada hari Khamis ini.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KARNIVAL PING PONG SK SERI LAGENDA
Saturday, May 22, 2010




Salam buat semua pengunjung blog ini....

Untuk pengentahuan semua, SK Seri Lagenda sekali lagi telah mengadakan program. Program ini telah dirancang sejak lebih sebulan lalu.

Pada pagi ini, dalam keadaan hujan yang membasahi bumi, banyak menguji kesungguhan peserta-peserta untuk hadir dalam perlawanan yang diadakan. Memang halangan seperti ini terlalu berat untuk sesiapa yang memang gemar tidur selepas Subuh.

Jadi, hanya segelintir sahaja yang datang. walaupun yang hadir cuma sedikit, tetapi ianya cukup meriah. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 2 hingga 5. Pelajar tahun 6 tidak terlibat sama memandangkan mereka terlibat dengan English Language Cam bermula hari khamis dan akan berakhir pada pagi Ahad 23/05 ni.

Perlawanan dimulakan jam 8.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.15 pagi. Selama satu jam 30 minit ini, kita dapat mencari johan bagi kategori lelaki dan perempuan. Hadiah akan disampaikan pada Perhimpunan rasmi sekolah esok...

(Lelaki)
Johan : Bukhori bin Yusof
N.Johan : Abdullah bin Abdul Razak

Ketiga : Ahmad Fadhil bin Osman


(Perempuan)
Johan : Nur Syafiqah bte Abu Bakar
N.Johan : Fitiha Adawiyah bte Abdullah

Ketiga : Hafizah bte Kassim


posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
ENGLISH LANGUAGE CAMP
Thursday, May 20, 2010



Assalamualaikum and May Allah Bless U..

Today our school have English Language Camp.The English Language Camp was start from today 20 Mei until 23 Mei 2010. This program at the lab school. The English Language Camp conducted by Tn. Hj. Ramli bin Ahmad.

He comes with his partner Pn. Amalia Fithriyah. I think they are from UIA.

If you want to know the detail you must refers to Teacher Suhearnieza Sabdi.

The other news of this program will come later......
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KARNIVAL PING PONG GURU DAN STAFF KALI PERTAMA 2010
Tuesday, May 18, 2010
Salam buat semua...

Satu lagi program yang akan menyusul untuk guru-guru dan juga staff sekolah Daerah Langkawi iaitu karnival ping pong kali pertama 2010.

Karnival ping pong yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka anjuran bersama kelag ping pong SK Seri lagenda dengan badan kebajikan guru SK Ulu Melaka.

Maklumat lengkap adalah seperti berikut :

Nama Program : Karnival Ping Pong Guru dan Staff Daerah Langkawi Kali Pertama 2010
Tarikh : 29 Mei 2010
Tempat : Dewan tertutup SK Ulu Melaka
Perasmi : En. Mohd Shukeri bin Rokhani

Untuk sebarang maklumat lanjut dan penyertaan bolehlah berhubung dengan Ustaz Ismail bin Saleh ditalian : 012-9122582/0192757437

Yuran penyertaan sebanyak Rm 5.00 sahaja dan majlis akan dimulakan jam 8.00 pagi.

Majulah sukan Untuk Negara serta Cintailah Sungai Kita.....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SEHARI BERSAMA ULAMA'
Monday, May 17, 2010





Salam Muhibbah kepada semua..

Program Sehari Bersama Ulama' adalah program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Langkawi, Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Pejabat Agama Langkawi dengan kerjasama dengan Yayasan Islam Negeri Kedah. Program yang berlangsung pada hari ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. bermula dari orang awam sehinggalah kepada Pegawai Daerah.

Program ini bermula jam 9.45 pagi dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Langkawi. Kemudian majlis diserahkan kepada pengerusi Forum iaitu Ustaz MOhd Isa Abdul Rahman. Ahli Panel terdiri daripada ;


Panel i. Dato syeikh Hamid bin Tahir.
Panel ii. Dato' syeikh Fadzil bin Haji Awang
Panel iii. Prof Madya Dr. Abd Aziz bin Hanafi

Program tamat jam 12.30 petang. Terdapat sedikit kelemahan yang dapat dilihat pada penghujung program ketika tetamu-tetamu ingin meninggalkan majlis iaitu pintu keluar hanya dibuka satu sahaja. Jadi tetamu perempuan dan lelaki berebut-rebut untuk keluar. Mungkin petugas tidak perasan perkara ini. Moga program yang akan dianjurkan selepas ini diberi juga penekanan kepada benda yang seakan kecil tetapi impaknya sangat besar kepada kita.

Keseluruhan program sangat baik dan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan program berbentuk ilmiah ini. diharapkan program seperti ini diperbanyakkan lagi di Langkawi ini.


posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SAMBUTAN HARI GURU
Sunday, May 16, 2010



salam ukhwah.....

Pada pagi ini, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah untuk tahun 2010. sambutan pada kali ini sungguh bermakna bagi semua warga sekolah kerana tetamu jemputan adalah pengasas kepada tertubuhnya sekolah ini.

Tepat jam 7.45 pagi, Tuan Haji Hassan bin saad tiba di sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak Md Arshad. seterusnya bacaan perutusan Hari Guru daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Negeri.





seterusnya ucapan daripada Guru Besar sK seri Lagenda En. Mohd Zahir bin Hashim. Acara kemuncak iaitu ucapan dan nasihat berguna daripada Pengasas yang juga Guru Besar pertama sK seri Lagenda yang dulunya dikenali sK Ladang sungai Raya Tn. Hj. Hassan bin saad. Beliau menceritakan mengenai tugas seorang guru dan berharap pelajar-pelajar yang ada, patuh kepada perintah Allah, dengar nasihat ibubapa dan guru. Guru merupakan ibubapa kita yang kedua.


setelah selesai segalanya, Tn. Hj. Hassan dihujani dengan kad dan hadiah daripada pelajar sK seri Lagenda dan mereka semua 'menyerang' Tn. Hj. Hassan untuk bersalaman dengan beliau.

sELAMAT HARI GURU CIKGU......


Acara padang pula bermula.. Guru-guru telah diberi kumpulan masing-masing untuk acara Futsal dan juga bola jaring..

Untuk acara Futsal, Kumpula A telah menewaskan kumpulan B dengan jaringan 5 berbalas 4. Kumpulan B mendakwa permainan berat sebelah kerana pengadil merupakan pemain kumpulan A itu sendiri.

Tetapi semua kumpulan menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka kerana keputusan pengadil adalah muktamat.

Acara bagi guru perempuan pula ialah perlawanan bola jaring. Guru bertemu dengan pelajar. keputusan berpihak kepada guru dengan 8-0. Hadiah-hadiah disampaikan oleh guru besar pada perhimpunan akhir di kantin sekolah.
......................................................................

Pantun Hari Guru


A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

sELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURUKU
DIMANA JUA....

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang